Tuesday, April 10, 2007

Renungan 5 ( Natasha)

Saya, Nadiah dan Liestina menyambung menyelesaikan slaid-slaid kami yang telah dibahagikan. Liestina telah selesai membuat bahagiannya tetapi ada slaidnya terlalu panjang lebar. Saya memperbaiki slaid-slaid saya dengan memasukkan maklumat-maklumat penting dan gambar-gambar tertentu. Saya cuba memasukkan maklumat yang boleh memanfaatkan rakan-rakan saya yang lain. Saya juga cuba meringkaskan maklumat dalam slaid saya dan mengambil hanya apa yang penting dan senag difahami.

Renungan 6 Liestina

Kami cuba menyelesaikan slaid sebanyak mungkin. Sepertinya slaid kami akan banyak sekali. Kami membagikan tugas kami dalam beberapa kategori dan akan menggabungkannya apabila kami telah menyelesiakannya.

Renungan 5 Liestina

Saya telah menyelesaikan Lampiran B dan mulai membuat surat rasmi dengan format yang diharuskan. Nadia dan Natasha masih sedang mempersiapkan slaid projek, jadi saya memulaikan surat terlebih dahulu. Kami akan berbincang bersama dalam kumpulan untuk memasukkan maklumat yang sesuai ke dalam surat.

Tuesday, April 3, 2007

Pembahagian Kerja dan isi untuk Slaid..


Liestina
1. Pakaian Tradisional Orang Melayu(title)
2. Pendahuluan/ Asal-Usul
3. Pakaian Tradisional Melayu
-Baju Kebaya dan Baju Kurung

Nadiah
1. Baju Kurung
2. Sejarah Baju Kurung(cth: asal-usul)
3. Baju Kurung Teluk Belanga
4. Baju Kurung Cekak Musang
5. Baju Kurung Kedah
6. Baju Kebarong

Liestina
1. Kain Sarung
2. Seluar
3. Samping
4. Jenis-jenis Kain Samping

Natasha
1. Baju Kebaya
2. Sejarah Baju Kebaya
3. Baju Kebaya
-Baju Kebaya Pendek dan Baju Kebaya Labuh
4. Baju Kebaya Pendek
5. Baju Kebaya Labuh
6. Pantun


`RBV

Monday, March 26, 2007

Renungan 4 Nurul N.

Hari ini saya telah menringkaskan isi-isi yang saya akan memasukkan ke dalam slaid.
Panjang juga isi-isi itu. Ada juga perkara yang didapati merepek atau kurang tepat.
Itu sahaja yang saya telah lalukan.

`nn.

Renungan 4 Liestina

Hari ini kami berbagi penyelidikan kami antara satu sama lain. Kami menggabungkan penyelidikan kami menjadi satu, sehingga mudah untuk disingkatkan menjadi satu persembahan. Kami akan memulakan pembuatan slaid hari ini.

Renungan 4 (Natasha)

Saya mencari lebih penyelidikan seperti pantun-pantun mengenai pakaian orang melayu dan gambar-gambar. Saya memberi bahan mentah cenderawasih saya kepada Liestina dan Nadiah. Nadiah dan saya meringkaskan penyelidikan kami. Kami membahagikan kerja ringkasan sesama sendiri. Liestina meringkaskan pengenalan tentang pakaian orang Melayu, saya meringkaskan tentang baju kebaya dan semua bahagian yang kena-mengena dengannya dan Nadiah meringkaskan tentang baju kurung. Nadiah dan saya juga membuat perbezaan bagi jenis-jenis baju kebaya dan baju kurung yang berlainan.

Renungan 2 dan 3 Nurul N.

maaf kerana renungan saya lambat...
(tidak cukup masa dan saya dilarang menggunakan komputer dirumah)

Renungan 2
Saya telah membuat rangka yang terkini untuk projek budaya ini.
Saya memasukkan beberapa isi yang penting seperti
- pakaian apa yang akan dibentangkan dan
- perkara-perkara yang tidak dimasukkan sebelumnya yang ingin diketahui oleh kumpulan lain.

Renungan 3
Saya telah membuat penyelidikan untuk Baju Kebaya Labuh dan Pendek.
Saya juga telah mencari lebih maklumat untuk dimasukkan ke dalam slaid.

`nurulnadiah

Sunday, March 25, 2007

Renungan 3(Natasha)

Penyelidikan dan maklumat- maklumat yang telah saya cari, disimpan di dalam MS Word dokumen sebagai bahan mentah cenderawasih. Nadiah membuat rangka projek secara ringkas di dalam blog. Saya membantunya dengan memperbaikinya lagi. Setelah Cikgu Filza memberi komennya, saya memperbaikinya lagi. Liestina mencari- cari gambar-gambar dan Nadiah membuat lagi satu rangka projek kami di blog. Saya mengubah renungan1 dan 2 saya. Saya belum lagi mengemaskini penyelidikan saya. Apabila saya rujuk kepada penyelidikan saya, saya memikirkan tentang apa yang akan diletakkan di dalam MS Powerpoint kumpulan saya yang belum berwujud lagi. Apabila saya memgubah rangka projek kami di blog, saya memahami lebih dalam lagi tentang projek saya.

Saturday, March 24, 2007

Renungan 2(Natasha)

Saya melungsuri internet untuk memulakan penyelidikan bagi pakaian Orang Melayu. Saya dapat melihat banyak jenis pakaian orang Melayu seperti baju kebaya dan baju kurung. Ada banyak jenis baju kurung dan kebaya yang berlainan. Saya dapat mempelajari banyak tentang pakaian budaya orang Melayu melalui projek ini. Saya memerhatikan bahawa orang Melayu sekarang memakai baju yang berlainan dari pakaian orang Melayu dahulu. Saya harap budayanya tidak akan terpupus.

Friday, March 23, 2007

Renungan 3 Liestina

Selama seminggu ini, saya telah melakukan penyelidikan dan mengumpulkan sebanyak mungkin informasi/maklumat yang dibutuhkan. Contoh busana Melayu tradisional seperti Baju Kurung Teluk Belanga, Baju Kurung Cekak Musang dan Baju Kebaya.
Rangka...(terkini)

Kumpulan saya akan membentangkan 2 jenis pakaian utama.
1) Baju Kurung
2) Baju Kebaya

Setelah membuat penyelidikan yang lebih mendalam,
kami mendapati ada pelbagai jenis Baju Kurung dan Baju Kebaya.

1) Baju Kurung
- baju kurung kedah
- baju kurung teluk belanga
- baju kurung cekak musang

2) Baju Kebaya
- baju kebaya pendek
- baju kebaya labuh

Kami juga sudah tentu akan menyentuh perkara-perkara seperti:
- bilakah biasanya pakaian itu dipakai
- siapakah yang lebih suka memakainya
- adakah pakaian ini masih dipakai ?
- kain jenis apa yang digunakan biasanya

`RBV.

Tuesday, March 20, 2007

Renungan 2 Liestina

Hari ini saya mencari beberapa gambar yang akan digunakan untuk projek kami. Saya melihat-lihat beberapa busana pernikahan yang anggun dan menarik. Projek ini membolehkan saya lebih mendalami budaya melayu.
Tajuk Projek: Pakaian Tradisional Orang Melayu
Ahli Kumpulan: Nadiah, Natasha dan Liestina

Pakaian Tradisional

1. Pengenalan dan asal tentang pakaian tradisional Melayu
contoh: Baju Kurung, Baju Kebaya dan sebagainya...

2. Jenis-jenis pakaian Melayu dan penerangan lanjut bagi setiap pakaian(asal, ciri-ciri,bentuk)

3. Menerangkan tentang

a) adakah pakaian ini masih dipakai?selalu? jarang? mengapa?


b) dipakai olah golongan mana(yang lebih suka memakainya dan lebih cenderung dengan fesyen tertentu)


c) ia dipakai dengan samping atau seluar


d) jenis kain yang digunakan biasanya bagi pakaian rumah dan pakaian ke majlis

e) bila biasanya pakaian itu dipakai

f) kebaya tradisional dan kebaya yang telah digabungkan dengan trend masa kini dipaparkan- apa objektifnya?
-untuk melestarikan kebaya supaya tidak pupus terus?
-pandangan tentang pakaian Melayu yang dicampuradukkan gayanya dengan pakaian moden ala barat.


4. Perbezaan bagi pakaian-pakaian orang Melayu termasuk pakaian lelaki dan perempuan


Bahan yang bakal digunakan, rujukan, gambar-gambar dan pantun: PP, MS.. mungkin contoh pakaian...

`nurulnadiah a.k.a naddie .diperbaiki oleh n@t@$h@